Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Kesan Kebakaran Dikesan Di Tanjung Batu

23 Mar 2013, 05:28pm by syuh adarais


Tinjauan di perairan berhampiran gugusan Labian, Lahad Datu menyaksikan masih ada kesan kebakaran di sekitar kawasan Tanjung Batu.

Ia dipercayai berlaku di sekitar perkampungan kawasan berkenaan.

Rondaan membabitkan dua bot peronda polis marin itu adalah sebahagian daripada kawalan ketat sepanjang masa yang dilakukan di perairan itu bersama agensi lain.

Asap tebal kelihatan disekitar Tanjung Batu yang menjadi sebahagian kawasan pertempuran utama antara pasukan keselamatan dan pengganas sulu.

Keadaan persisiran pantai Tanjung Labian hingga kawasan Sungai Bilis bagaimanapun tenang.

Kawasan itu kini hampir selesai dibersihkan sejurus operasi pengeledahan berterusan oleh pihak keselamatan.