Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Kerja Bina Laluan Di Lokasi Jalan Runtuh Di Sabah Siap Hari Ini

1 Jun 2013, 02:53pm by nur farhanin


Kerja kerja membina laluan sementara di lokasi jalan runtuh di kilometer 20, Jalan Penampang Tambunan, Sabah dijangka siap lewat hari ini.

 

Namun keseluruhan kerja membaiki laluan berkenaan dijangka mengambil masa satu atau dua bulan.

 

Datuk Rosnah meninjau lokasi jalan runtuh yang terletak di Kampung Timpoluon.

 

Jalan ini runtuh pada awal pagi semalam susulan hujan lebat berterusan.

 

Ia jalan utama bagi pengguna jalanraya dari Kota Kinabalu yang ingin ke Tambunan, Keningau dan Tenom.

 

Namun pengguna jalanraya boleh menggunakan dua jalan alternatif, Jalan Kimanis - Keningau dan Jalan Ranau - Tambunan.

 

Sebuah rumah turut rosak akibat ditimbus tanah runtuh dan penghuninya telah dipindahkan.

 

Kementerian Kerjaraya dan Jabatan Kerja Raya turut memantau jalanraya di seluruh sabah ekoran musim hujan ketika ini.